Sime Darby Property dah jadi macam rumah no2 sepanjang 3 bulan internship.. banyak yang terjadi... yang penting dapat banyak ilmu dan pengalaman bukan sahaja dari segi academically tapi juga realiti kehidupan sebagai manusia.. 3 bulan pengalaman kat sana, aku dapat meyimpulkan beberapa perkara...
politics in the office... hmmm... 'if we can't avoid it, join it'... haha tapi serius, it amazed me how the small department that consists less than 10 ppl can have such politics... sume pun macam lalang especially kalau nak selamat kan diri masing2.. susah nak kata apa yang diaorg buat tu ok ke x sbb mmg kena tgk keadaan...
apabila manusia mula bertuhankan duit, tunggang langgang lah dia.. kerana duit ada yang sanggup menaburkan janji2 kosong dan akhirnya menyusahkan orang lain.. apa ada pada duit kalau ianya memecah belahkan hubungan yang dibina selama bertahun2.. tapi itulah yang terjadi... duit merupakan satu senjata yang merbahaya jika di salahguna dan di salah erti...
bertanya kalau kita x tau.. jangan jadi bodoh sombong kerana akhirnya dia akan memakan diri kita sendiri.. merendah diri jika kita nak menuntut ilmu dengan orang dan jangan berlagak.. apa pun yang kita lakukan dan apa juga yang kita rasa, kadang2 lebih baik ianya disimpan je dari kita suarakan...jika kita rasa kita hebat, buktikan dan jangan hanya mengeluarkan kata2 kosong.. sbb tin kosong je yg slalu keluarkan bunyi bising... yang paling penting jangan kita sombong dengan masyarakat .. sebab kita x tau bila kita akan memerlukan mereka.. hidup bagai roda... x selalu kita berada di atas... bila berada diatas, janganlah lupa memandang ke bawah...
Ukur baju di badan sendiri... janganlah kita berbangga dengan bukan hasil kerja kita... dan janganlah kita mendapat nama melalui hasil kerja orang lain sbb x akan kekal... bila kita nak minta sesuatu daripada orang lain, sudah menjadi lumrah untuk manusia merendah diri... jadi jangan lah kita berlagak dengan orang yang kita perlu ilmu nya kerana akhirnya kita juga yang rugi.. kita kena tau kemampuan diri kita dulu sebelum kita berlagak dan bercakap besar mengenai sesuatu yang tidak benar..
kerana mulut badan binasa... berfikir sebelum kita bercakap kerana ia akan memakan diri... terutama kalau kita mengata atau menjanjikan sesuatu yang tidak benar.. jangan lah kita menyusahkan orang lain kerana kelantangan dan kesilapan mulut kita...sekurang2 nya bertanggungjwablah atas kesalahan kita.. dan kita tak tahu hati mana yang terluka dengan kelantangan suara kita mengatakan sesuatu tanpa berfikir dan siasat...
takut dengan bayang2 sendiri... kita hanya akan takut dengan bayang2 kita kalau kita ada membuat kesalahan.. kita akan jadi mudah sangsi dengan niat orang lain, kita akan berprasangka buruk dengan orang lain... so lebih baik kita memperbaiki kesalahan kita.. at least siasat dulu sebelum kita menuduh atau membuat kesimpulan tentang seseorang atau sesuatu perkara..
jangan terlalu workoholic sbb in the end xde sape yang akan perasan kerja kita... have fun kat luar and always merehat kan diri... sbb no matter how much we love our work, we must love ourself 1st..
hargai setiap hubungan yang di jalin... bak kata pepatah ' berkawan biar beribu'... hehe
i've met a lot of interesting people here and hopefully this will last.. different people have different talent and specialty and i might need their help in future...
mengalah x bermakna kita kalah.. ayat ni sangat bermakna buat ku kerana ianya terbukti benar.. dulu aku x percaya tapi pengalaman dan masa menbuktikan aku silap... aku dapat lihat bagaimana jika kita mengalah, tuhan akan membantu kita melalui cara lain.. kadang kala tanpa kita sedari... setiap apa yang berlaku ada hikmah nya.. dan menjadi tanggung jwab kita untuk menilai mana hikmah nya... hikmah kepada setiap dugaan sangat subjektif dan berbeza2 untuk setiap manusia..
3 bulan merupakan satu masa yang singkat untuk menimba ilmu kat sana... walaupun singkat, SDP banyak meninggalkan kesan kat dalam hati... pengalaman kat sana mungkin x akan dilupakan untuk satu jangka masa yang sangat lama.. setiap orang yang aku jumpa kat sana telah mewarnai hidup ku sama ada mereka sedar atau tidak... mereka semua telah meninggalkan kesan ke dalam hati ku.. pengalaman serta ilmu yang ada akan membantu aku untuk menempuhi masa depan yang lebih mencabar..
i know that i have a very challenging future ahead.. and i must be prepare mentally and physically.. more tears, frustrations, anger, and many more that i will need to face in future.. but i know that i will do fine because i have a great family and friends...;)