Terbaca satu blog ni and x berapa setuju sangat pasal apa yang dia tulis.. so teringat yang beberapa hari lepas, history channel ada siar pasal 7 deadly sins and hari tu pasal PRIDE.. ada orang kata pride or angkuh ni adalah asas kepada semua dosa..well, i have no comment on that.. its really depends on how u see it and where u stands..
apa yang menarik nya, ada satu bandar kat dunia ni (dah lupa kat mana) sangat mementingkan untuk mengelak dari terjerumus ke dalam dosa pride ni.. so diaorang x menbangunkan bandar tu, x menggunakan teknologi, even kereta pun xde tapi still guna kereta kuda, belajar setakat gred 8 or 10 sbb they believe that education sampai tahap tu sudah cukup untuk meneruskan hidup secara selesa dan dapat megelakkan dari perasaan angkuh.
kesimpulannya, kalau kat bandar tu, semua orang nak jadi orang yang paling x angkuh.. lebih kurang mcm lagi x angkuh lagi baik lah.. so dah macam pertandingan plak sape yang paling x angkuh ..kalau di fikirkan balik, bukan ke orang yang paling x angkuh kat bandar tu dah jadi angkuh sebab dia paling x angkuh.. so dah jatuh kategori angkuh lah kan.. tapi kalau kita ada pride yang boleh memajukan diri, agama dan bangsa, keinginan untuk berjaya dan menggunakan kemampuan diri untuk memajukan diri, x salah kan..
sbb tulah aku rasa sempadan antara dosa and pahala ni sehalus titian siratunmustaqim.. dalam kita nak mengejar jadi baik kita x sedar yang kt riak dan angkuh dengan amalan kita..kt rasa kt lagi baik dari orang dan kita mcm memberi hak kat diri kita untuk judge orang lain hanya sebab kt rasa kita lagi baik dari orang tu.. dosa dan pahala, syurga dan neraka, bukanlah hak kita nak tentukan.. sempadan antara syurga dan neraka sangat2 halus and hanya Allah yang layak untuk menentukan di manakah kedudukan kita semua.. apa yang kita boleh buat hanya lah berusaha untuk meletakkan diri ditempat yang terbaik untuk kt.. mmg lah x salah kalau kita tegur dan sememangnya kita kena tegur, apa yang x betul ialah bila memandang hina atau rendah pada orang lain hanya kerana dia berbeza dengan apa yang kita rasa betul..
pada pendapat aku, kita sekarang ni sedang meniti titian siratunmustaqim kat dunia ni..titian tu sangat2 halus makna nya sangat susah nak tau mana dosa mana pahala dan sangat senang untuk pahala jadi dosa and dosa jadi pahala.. apa yang aku paling takutkan kan ialah bukan pada dosa2 mcm minum arak, zina, ambik dadah, membunuh, merompak, dan seumpamanya lah sebab dosa2 mcm ni dosa yang kita nampak.. kita sedar tu dosa dan kita dapat menggunakan akal untuk mengelak dari terjerumus.. tapi apa yang paling aku takutkan ialah dosa2 yang halus sehalus titian tu, mcm riak, angkuh, ego, dan 7 deadly sins ( lust, gluttony, pride, envy, anger, sloth, greed) tu sbb dosa2 mcm ni kita x sedar kalau kita buat.. sbb tu bahaya..
walaupun 7 deadly sins tu dosa tapi ianya hanya akan jadi dosa kalau kita berlebihan..benda tu sebenarnya keperluan untuk kehidupan tapi kt kena pandai lah dalam mengawal nya.. mmg susah nak paham benda2 mcm ni kan.. kalau kita ingat kisah zaman nabi dulu tu, yang dia pembunuh tapi hanya sebab dia bagi anjing terbiar minum air, Allah masuk kan dia dalam Syurga.. hmmm... benda ni mmg nasib masing2..
tak semua yang mata kita tengok tu betul, kadang2 kita kena tgk dengan mata hati.. once kita mula belajar tgk dengan mata hati, aku rasa kt akan dapat beza antara zahir dan batin dan kita akan dapat apa yang kita perlukan dan yang terbaik untuk kita..kita akan nampak apa yang sebenar.. benda mcm ni mmg memerlukan keazaman dan skills yang hebat n orang mcm aku ni mmg kena banyak lah praktice kan..
kita ni bukan sesapa untuk judge orang lain tapi apa yang kita boleh buat ialah belajar dari apa yang kita rasa kesilapan orang lain dan cuba untuk tak buat kesilapan tu..
No comments:
Post a Comment